hidup ku

sajak aku adalah aku, tersirat dibelakang kata ada aku...

Friday, January 19, 2007

awal muharam

Tahun baru bagi yang mengikut kelendar islam...Sudah agak lama aku tidak membuat nukilan disini. Aku rasa seperti tiada keizinan daripada Nya untuk mengatur ayat seperti selalu, mungkin tiada lagi sajak-sajak akan terhasil di laman ini. Sekian lama aku meluahkan isi hati melalui sajak, segala kesedihan, kegembiraan, kata-kata semangat buat teman-teman dan pelbagai lagi...namun kita semua tahu segalanya hanya pinjaman Tuhan dan kini ia bukan lagi milik aku. Mungkin buat sementara, mungkin buat selamanya. Tiada siapa yang mengetahui. Maka aku minta diri berlalu pergi... Assalammualaikum.

Tuesday, December 12, 2006

pengertian

dari satu sudut kau melihat aku
namun tidak kelihatan bagi kau
kesepian diri ini
kegusaran hati ini
ketakutan setiap langkah
kesedihan disebalik gelak tawa
mungkin hanya dikala senja menyingsing
baru ada pengertian buat kamu

Friday, December 08, 2006

lewat sedar

bila segalanya telah tamat
baru aku mula mengira
hiba terasa bila tersedar
isi di dalam tak ku tahui
namun tiada undur tiada kembali
lalu tertinggal jauh kebenaran
tiada daya tuk digapai
maka terbiar ia berlalu
bersama waktu yang beredar

Tuesday, December 05, 2006

kata

ada kata tak terucap
ada rasa tak tersampai
tiap kali membiarkan saja
menanti tiada pasti disitu
membatu bodoh diri kecil
tiada langkah susun atur
tiada hasil tuk disambut
tapi diri masih memaki

Thursday, November 16, 2006

buntu

diri ini lesu
mulut diam membisu
langkah serong tiada tuju
hati kering
menagih kasih para malaikat
mata kuyu hanya melihat
jasad kaku hanya menanti
roh miskin menangis hiba

Monday, November 13, 2006

khayal

terawang-awangan aku
sedang matahari terik dikepala
kehilangan arah tuk dituju

nenek tua dipersimpangan
tersenyum mesra menyapa diri
tiada hati lalu membiar
benci pada hitam alam

membiar diri bebas
terbuai indah dalam khayalan
lantas lenyap mengunci diri

Tuesday, November 07, 2006

kesedaran

hilang dikala mencari
putus dikala menarik
jumpa dikala lenyap
pasti dikala berlalu

jangan ada gusar
jangan ada ragu
jangan ada sesal
jangan ada sedih

kerna yang pasti
segalanya ada penghujungnya....