awal muharam
Tahun baru bagi yang mengikut kelendar islam...Sudah agak lama aku tidak membuat nukilan disini. Aku rasa seperti tiada keizinan daripada Nya untuk mengatur ayat seperti selalu, mungkin tiada lagi sajak-sajak akan terhasil di laman ini. Sekian lama aku meluahkan isi hati melalui sajak, segala kesedihan, kegembiraan, kata-kata semangat buat teman-teman dan pelbagai lagi...namun kita semua tahu segalanya hanya pinjaman Tuhan dan kini ia bukan lagi milik aku. Mungkin buat sementara, mungkin buat selamanya. Tiada siapa yang mengetahui. Maka aku minta diri berlalu pergi... Assalammualaikum.


0 Comments:
Post a Comment
<< Home